Sunday, September 7, 2014
Friday, September 5, 2014
Posted by Unknown on 10:17 PM with No comments
Dekat Si-o-se Pol, tak banyak benda yang boleh dilihat, tak ada benda yang boleh dibuat. Sambil-sambil bertenggek di tebing titi nampak camar-camar sungai mandi. Nampaknya burung camar Iran makan jajan. Rupanya seorang pakcik murah hati. Dia baling jajan ke langit camar sambar. Woh~ Hou Yeh! *Pa! Pa! Pa! Pa! Tepuk tangan kagum.* Pakcik bagi jajan sikit dekat kami. Bukan untuk makan tapi untuk main catch (fetch?) dengan camar-camar Zayandeh.
Camar pulang petang ...
Posted by Unknown on 2:43 PM with No comments
The Gate of Victory
Berbeza dengan dua gerbang yang lain, Bab al-Nasr berbentuk petak mengikut senibina Byzantium lantaran jurubinanya diimpot khas dari Edessa yang ketika itu masih di bawah jajahan takluk Byzantium.
Dikatakan, jurubinanya ialah pelarian Kristen dari Edessa dan mencari perlindungan di Kaherah yang lebih bertolak ansur dalam beragama setelah tempat asal mereka diserang oleh Turki Seljuk yang lebih 'syadid'.
Pengubahsuaian tembok dan benteng serta pintu Kota Kaherah di bawah kelolaan Badr al-Gamali ini juga menandakan permulaan peralihan bahan binaan daripada bata lumpur kepada batu pejal.
Di tengah-tengah gerbang di atas pintu masuk tertulis,
بسم الله الرحمن الرحيم
لا اله الا الله وحده لا شريك له
محمد رسول الله على ولى الله
yang menunjukkan pegangan syiah kerajaan Fatimiyyah dan merupakan segelintir tinggalan syiah yang masih kekal di Kaherah.
Pada zaman Napoleon, panjajah Perancis menamakan semula menara pada Bab al-Nasr. Sebelah dinamakan Tour Courbin sebelah lagi dipanggil Tour Julien.
Ketika ia baru siap dibina pun, pada asalnya ia dinamakan Bab al-'Izz tetapi rakyat jelata lebih selesa dengan nama pintu asal di situ yang dibina oleh Gawhar al-Siqili dan ia lekat sampai hari ini.
Ketiga-tiga pintu kota ini ialah contoh terbaik senibina pertahanan Islam sebelum perang Salib. Pun begitu, pintu kota yang dibina dengan tujuan mempertahankan Kaherah dari serangan Turki Seljuk ini tidak pernah teruji.
Thursday, September 4, 2014
Tuesday, September 2, 2014
Posted by Unknown on 11:27 PM with No comments
Friday of Anger
Bermalam di rumah Suib. Sedar sedang-sedang mampir waktu Jumat. Janji kerajaan untuk memutuskan segala alat perhubungan ditepati. Tepat jam 12 tengah hari, internet putus, talian telefon mati.
Solat Jumat sebagai biasa. Khutbah Masjid Bustan al-Fadhil juga biasa. Tiada berapi-api. Aku sangka sebaik berpaling salam kiri segala marhaen bakal bangkit dengan laungan slogan masing-masing. Aku berpaling kiri kanan, semua berpusu pulang sebagai juga biasa. Kami pun beramai-ramai membikin rutin setiap hari Jumat, makan tengah hari yang lebih enak dari hari biasa.

Ketika enak-enak menelan makan itu, kurang lebih jam dua di luar mula bergema, "Wahid! Itnin! Sya'bu Masry fayn?! Wahid! Itnin! Sya'bu Masry fayn?!" Kami berebut-rebut ke balakona mengintai. Hampir ratusan rakyat mula turun ke jalan. Setiap kali gerombolan melintasi sebuah imarah, bertambah dua tiga orang, bertambah tiga empat orang. Semua menuju ke kepala Sharia Shaykh Aly Yousef langsung ke Medan Tahrir. Setelah kumpulan itu berlalu keadaan tenang. Buat sementara masa. Tenang sebelum taufan.
Dalam lingkungan waktu asar, mula kelihatan beberapa orang mula berpatah balik. Kami pun mula menggatal meninjau. Dari Sharia Ismail Sirry kami melihat langsung ke Sharia Kasrel Ainy pandangan yang cukup azmat. Anak-anak muda membawa panji-panji dan sepanduk berarak gagah melaung, "As-sya'b yureed isqat an-nizam! As-sya'b yureed isqat an-nizam!" Wamap dan Ayip naik angin. Semangat ingin tahu langsung maju ke Sharia Kasrel Ainy. Aku dan Asle masih terpacak di cabang empat Sharia Ismail Sirry itu.
Serentak itu berdentam-dentum das-das tembakan gas pemedih mata. Dalam kucar-kacir itu amin markazi mula menyerbu. Demonstran lintang-pukang bertebaran, Wamap dan Ayip berpatah balik, aku dan Asle mundur. Seorang muda yang lebih awal ke depan dengan mata merah berair mengangkat isyarat tangan kepada kami, "Nanti dulu, jangan undur lagi." Ketika itu muncul bermacam-macam penawar untuk mata yang disengat gas. Paling popular, mengairi mata dengan air coke!
Di seberang sini jalan pula seorang anak muda memberi nasihat, "It's better for you to go home".
Di Sharia Kasrel Ainy tidak berhenti di situ. Gelombang kedua anak muda gagah mara dengan laungan, "Allahuakbar! Allahuakbar!" Das-das kelongsong gas pemedih mata ditembak lagi. Anak muda yang sudah pedih mata mundur langsung diganti gelombang baru yang masih segar. Mara. Mundur. Mara. Berulang-kali.
Di Sharia Shaykh Aly Yousef yang lengang tiba-tiba datang sebuah kereta bomba. Mungkin cuba untuk merusuk dan mengapit para demonstran dan menyembur air dari belakang. Waktu itu muncul tiga budak muda yang pada hari-hari biasa termasuk dalam bolongan budak-budak liar. Berkaki ayam, hanya mereka bertiga menghadapi kereta bomba berlari-lari anak mara bersenjatakan batu. Pemandu kereta bomba yang kecut langsung mengundur sampai hujung jalan.
Selang beberapa lama muncul pula sebuah trak polis masuk ke Sharia Aly Yousef. Waktu itu bukan budak muda saja tapi makcik-makcik bawwabah pun mula bangkit. Pantas mengusir trak polis dengan ketul bata dan botol kaca. Aku dan Asle tangkas mengelak masuk ke lobi imarah sambil memikir entah apa yang mahu dicuba polis itu datang dengan trak seorang diri. Cari mati saja.
Wamap dan Ayip masih di depan. Petang menjelang. Tarik tolak antara demonstran dan amin markazi masih berlangsung di Sharia Kasrel Ainy. Demonstran 'menawan' beberapa meter kemudian dirampas puak polis kembali. Kemudian ditawan lagi dan dirampas lagi. Begitulah.
Petang menjelang. Anak-anak muda nan liar mula main kasar. Bom-bom petrol melayang di udara menghias langit senja. Wamap dan Ayip balik. Kami semua masuk dan menonton televisyen yang mujur ada di rumah itu. Siaran langsung warta berita khas. Puak polis kalah! Amin markazi berundur sepenuhnya mengosongkan Medan Tahrir yang mulia. Dikhabarkan tentera mula mengambil alih. Kereta-kereta perisai memenuhi medan. Hazr el-tagawwul diumumkan.
Malam itu, azan maghrib tetap bergema ...

Monday, September 1, 2014
Posted by Unknown on 11:43 PM with 1 comment

Ketika Safwan Roslan giat menghentam hiburan Korea disamping menganjurkan hiburan Jepun sedang Hafizadam pula tekun mempromosikan hiburan Korea secara leluasa, saya telah selesai mengkhatam sebuah drama bersiri Tanah Besar Cina. Minat yang muncul sejak bangku sekolah tetapi terpaksa ditinggalkan sejak datang ke Mesir lantaran ketiadaan sumber.
Tian Long Ba Bu atau Demi-Gods and Semi-Devils atau versi komiknya oleh Tony Wong, Wira-wira Keinderaan, berasal dari sebuah wuxia -novel fiksyen Cina tentang wushu dan advencer para pendekar- yang ditulis oleh penulis prolifik dalam genre wuxia, Jin Yong. Pada saya beliau boleh dianggap sebagai Stan Lee versi timur kerana berhasil mencipta 'universe' beliau sendiri dalam 15 buah novelnya.
Setelah menekuni drama Tian Long Ba Bu saya telah mempelajari beberapa perkara.

- Pertama, dalam wuxia orang Cina tak pandai membezakan jantina sampai boleh tertipu dengan perempuan yang diberi pakai baju lelaki dan topi saja.
- Kedua, pendekar-pendekar Cina sangat kuat mujamalah. Contohnya kalau dipuji, "Wushu tuan sangat hebat," maka akan dibalas, "Tuan terlalu memuji saya."
- Ketiga, kepentingan jemaah dalam dunia wuxia. Contohnya dalam sebuah episod Tian Long Ba Bu, anak-anak murid Wuyazi merayu supaya Xuzhu menerima mereka masuk dalam Carefree Sect kerana mengikut mereka sesiapa yang tidak mengikut mana-mana kumpulan akan dipandang hina dalam dunia wuxia.
- Keempat, sejauh mana hebat pun wushu anda, anda tetap akan kalah dan hidup anda bakal musnah di tangan cinta. Sepertimana yang berlaku ke atas Duan Zhengchun dan para kekasihnya serta Wuyazi dan adik-beradik segurunya dalam Tian Long Ba Bu.
Posted by Unknown on 4:23 AM with No comments
Anarki di Athina XXXVII
Subscribe to:
Posts (Atom)