Sunday, November 9, 2014

Kuil Wahyu

Kalau nak tau, Siwa ialah antara kawasan yang paling lama yang masih didiami manusia (oldest continuously inhabited) setanding dengan Jericho, Damsyik dan Fayoum.

Kuil yang dibina Firaun Amasis dengan tujuan politik demi mengambil hati dan mendapat sokongan suku-suku Libya.

Sejak kurun ketujuh sebelum Masihi lagi, Siwa sudah terkenal dalam alam Yunani kerana kewujudan peramal/perantara (oracle) di kuil wahyu dewa Amun.

Pun begitu Amun ini bukanlah Amun yang sama dengan dewata Mesir. Sebaliknya Ammon ialah dewa suku-suku Libya. Orang Yunani menggelarkan ia Zeus Ammon kerana Zeus setaraf dengan Amun Mesir.

Kesan tulisan Hieroglyph yang masih tinggal.

Iskandar Agung/Alexander The Great (bukan Iskandar Zulkarnain) pernah melawat kuil ini demi ingin mendapatkan kepastian apakah dia anak kepada Zeus.


Tasik Garam di kejauhan. Orang-orang Siwi tidak membeli bekalan garam mereka. Dapatkan terus dari sumber alami. Kami tak pergi ke sini sebab drebar degil.

Lubang/gua tempat menyimpan senjata ketika perand dunia kedua. Gurun barat dan gurun Libya sangat sinonim dengan perang dunia.

Bilik penghadapan peramal/perantara.

Ammon ialah dewa ramalan suku-suku Libya yang menyerupai domba jantan. Setelah peramal mengkhabarkan Iskandar adalah anak ekpada Zeus Ammon, dia mula memakai topi keledar atau mahkota yang mempunyai dua tanduk seperti 'ayahnya'.

Gezirah Balah, Gezirah Malah XVII

Saturday, November 8, 2014

Hitler Masih Hidup?

Teori konspirasi mengatakan, Adolf Hitler tidak mati membunuh diri bersama Eva Braun di dalam Führerbunker pada jam 3.30 petang tanggal 30 April 1945. Tetapi sebaliknya berjaya meloloskan diri ke Sepanyol atau Argentina atau lebih melampau lagi ke Antartika. Pada tahun 90an, akhbar tabloid gosip hangat lagi sensasi Bacaria melaporkan Hitler berjaya meloloskan diri ke Indonesia, memeluk Islam, meneruskan hidup dan kemudian mati di sana. Kini, satu bukti telah ditemukan yang memansuhkan segala mitos di atas. Adolf Hitler meloloskan diri ke Timur Tengah, beranak-pinak di situ dan berjaya mendidik anaknya menjadi pakar sakit puan yang berjaya.


Thursday, November 6, 2014

Teen Shouky

Aku fikirkan mendung berterusan tapi kini mentari muncul lagi. Mati-mati aku ingat musim dah dingin atau sekurangnya hawa sedang elok. Bolehlah aku menapak berjalan dengan riang. Tapi macam yang Wamap cakap, tahun ni winter cancel 'aasyan thaurah (sebab revolusi). Sekarang semua pun mogok. Cikgu sekolah mogok, doktor hospital mogok, drebar bas panjang mogok, polis dekat Maadi pun mogok. Nampaknya dengan winter sekali nak mogok.

Kalau musim-musim hangat tengah puncak macam hari tu sedap betul kalau dapat makan buah kaktus. Takjub betul zaman muda dulu tengok orang jual buah kaktus. Bila tengok balik rupanya biasa sangat buah kaktus ni kat tempat lain. Kampung kita saja yang tak ada. Adapun buah kaktus ni orang putih panggil prickly pear yakni buah pear berduri atau orang arab panggil teen shouky yakni buah tin berduri. Tak ada kaitan langsung, macam pineapple jugak. Tak ada kaitan pun dengan pokok pain apatah lagi epal. Tapi ada kaitan dengan setroberi.

Adapun buah kaktus ni memang dari pokok kaktus. Kalau nak nak beli mesti makan di situ jugak sebab nak mengupasnya memerlukan pisau dan skill. Tuan kedai pun pakai sarung tangan nak tolong koyak. Boleh jugak beli bawak balik tapi kena bawak plastik sendiri. Bawak balik rumah letak dalam ice box lepas tu makan sejuk-sejuk. Itu yang member arab Israk ajar dulu. Sebijik ada dalam rubu' hingga nus genih ikut saiz. Rasanya hawa-hawa manis begitu. Ya, macam dragonfruit cuma bijinya besar. Buah ni awal keluar ke pasaran warna hijau. Lama-lama jadi kuning, lama-lama jadi merah tapi rasa sama saja kot.

Di Mesir pokok teen shouky ditanam di tepi kebun, atau di tepi landasan keretapi atau mana-mana tanah kosong yang tak subur untuk pertanian. Di Australia pada mulanya orang perkenalkan pokok ini untuk dijadikan pagar rumah tapi lama-lama menyebabkan kerosakan ekologi pulak. Pokok prickly pear ini jugak ada dalam jata negara Mexico yang menggambarkan lagenda pengasasan Mexico yang mana seekor helang bertenggek atas pokok ni yang tumbuh di atas seketul batu di tengah tasik sambil makan seekor ular orok-orok.

Bertahun-tahun lamanya aku teringin nak pukul gambar buah ni atau orang jual buah ni tapi tak ada kekuatan. Segan takut tuan kedai marah. Nak bodek buat-buat comel pun dah memang tak comel. Jadi orang yang takdirnya macam aku ni yang terpaksa bergantung kepada usaha pun memintalah dengan penuh sopan (setelah beli seketul dua). Tuan kedai pun cakap, " 'Aadi!" (Biasalah bro, amik gambar je pun!).

Tuesday, November 4, 2014

Aku Paman

Amjad Danial bin Aswad Haykal.
Atas wazan yang sama supaya bunyi berima dengan bapaknya.

Cucu sulung yang lama dinanti-nantikan orang. Anak sulung atau cucu sulung memang paling disayangi kerana mereka yang pertama. Sampai nanti ada kawan-kawan lama atau saudara-saudara yang jarang jumpa bertanya, "Aswad ke ni? Amjad ke ni?" Walaupun yang ditanya ialah adiknya yang kedua atau sepupunya.

Tenung lama-lama gambar ini. Anak Aswad? Senyum sendiri. Tenung lama-lama gambar ini. Setakat ini rambutnya belum kerinting lagi. Tenung lama-lama gambar ini. Hmmm, mulutnya macam Andrei Arshavin. Insya Allah bakal menyambung perjuangan Arsenal nanti.

Kelik Berderat

Selesai mengadap sultan Setambul

Usai menyambut 30 tahun inghilob

Monday, November 3, 2014

Layla El-Siyam

Selain terawih dan tadarus, malam Ramadan kami isi dengan berenang atau bermain bowling. Semuanya dengan hadaf ukhuwwah malah berenang suatu sunnah.

Saturday, November 1, 2014

Mozek, Jubin dan Cetak Timbul

30 Tahun Revolusi Islami XXXII

Hiasan pada muqarnas.

Hiasan pada dinding iwan.

Masih wujud hiasan cetak timbul (relief) daripada stucco yang lebih primitif tapi popular di Mesir.

Hiasan mozek dan jubin pada Jameh Masjid di Isfahan ini banyaknya datang dari era Safavid (1600an). Corak dan warna kesukaan Parsi memang jelas berbeza dengan jubin Turki. Lagipun Parsi lebih suka kepada kepingan mozek kecil berbanding jubin saiz standard dari Turki.