Thursday, November 6, 2014

Teen Shouky

Aku fikirkan mendung berterusan tapi kini mentari muncul lagi. Mati-mati aku ingat musim dah dingin atau sekurangnya hawa sedang elok. Bolehlah aku menapak berjalan dengan riang. Tapi macam yang Wamap cakap, tahun ni winter cancel 'aasyan thaurah (sebab revolusi). Sekarang semua pun mogok. Cikgu sekolah mogok, doktor hospital mogok, drebar bas panjang mogok, polis dekat Maadi pun mogok. Nampaknya dengan winter sekali nak mogok.

Kalau musim-musim hangat tengah puncak macam hari tu sedap betul kalau dapat makan buah kaktus. Takjub betul zaman muda dulu tengok orang jual buah kaktus. Bila tengok balik rupanya biasa sangat buah kaktus ni kat tempat lain. Kampung kita saja yang tak ada. Adapun buah kaktus ni orang putih panggil prickly pear yakni buah pear berduri atau orang arab panggil teen shouky yakni buah tin berduri. Tak ada kaitan langsung, macam pineapple jugak. Tak ada kaitan pun dengan pokok pain apatah lagi epal. Tapi ada kaitan dengan setroberi.

Adapun buah kaktus ni memang dari pokok kaktus. Kalau nak nak beli mesti makan di situ jugak sebab nak mengupasnya memerlukan pisau dan skill. Tuan kedai pun pakai sarung tangan nak tolong koyak. Boleh jugak beli bawak balik tapi kena bawak plastik sendiri. Bawak balik rumah letak dalam ice box lepas tu makan sejuk-sejuk. Itu yang member arab Israk ajar dulu. Sebijik ada dalam rubu' hingga nus genih ikut saiz. Rasanya hawa-hawa manis begitu. Ya, macam dragonfruit cuma bijinya besar. Buah ni awal keluar ke pasaran warna hijau. Lama-lama jadi kuning, lama-lama jadi merah tapi rasa sama saja kot.

Di Mesir pokok teen shouky ditanam di tepi kebun, atau di tepi landasan keretapi atau mana-mana tanah kosong yang tak subur untuk pertanian. Di Australia pada mulanya orang perkenalkan pokok ini untuk dijadikan pagar rumah tapi lama-lama menyebabkan kerosakan ekologi pulak. Pokok prickly pear ini jugak ada dalam jata negara Mexico yang menggambarkan lagenda pengasasan Mexico yang mana seekor helang bertenggek atas pokok ni yang tumbuh di atas seketul batu di tengah tasik sambil makan seekor ular orok-orok.

Bertahun-tahun lamanya aku teringin nak pukul gambar buah ni atau orang jual buah ni tapi tak ada kekuatan. Segan takut tuan kedai marah. Nak bodek buat-buat comel pun dah memang tak comel. Jadi orang yang takdirnya macam aku ni yang terpaksa bergantung kepada usaha pun memintalah dengan penuh sopan (setelah beli seketul dua). Tuan kedai pun cakap, " 'Aadi!" (Biasalah bro, amik gambar je pun!).

Tuesday, November 4, 2014

Aku Paman

Amjad Danial bin Aswad Haykal.
Atas wazan yang sama supaya bunyi berima dengan bapaknya.

Cucu sulung yang lama dinanti-nantikan orang. Anak sulung atau cucu sulung memang paling disayangi kerana mereka yang pertama. Sampai nanti ada kawan-kawan lama atau saudara-saudara yang jarang jumpa bertanya, "Aswad ke ni? Amjad ke ni?" Walaupun yang ditanya ialah adiknya yang kedua atau sepupunya.

Tenung lama-lama gambar ini. Anak Aswad? Senyum sendiri. Tenung lama-lama gambar ini. Setakat ini rambutnya belum kerinting lagi. Tenung lama-lama gambar ini. Hmmm, mulutnya macam Andrei Arshavin. Insya Allah bakal menyambung perjuangan Arsenal nanti.

Kelik Berderat

Selesai mengadap sultan Setambul

Usai menyambut 30 tahun inghilob

Monday, November 3, 2014

Layla El-Siyam

Selain terawih dan tadarus, malam Ramadan kami isi dengan berenang atau bermain bowling. Semuanya dengan hadaf ukhuwwah malah berenang suatu sunnah.

Saturday, November 1, 2014

Mozek, Jubin dan Cetak Timbul

30 Tahun Revolusi Islami XXXII

Hiasan pada muqarnas.

Hiasan pada dinding iwan.

Masih wujud hiasan cetak timbul (relief) daripada stucco yang lebih primitif tapi popular di Mesir.

Hiasan mozek dan jubin pada Jameh Masjid di Isfahan ini banyaknya datang dari era Safavid (1600an). Corak dan warna kesukaan Parsi memang jelas berbeza dengan jubin Turki. Lagipun Parsi lebih suka kepada kepingan mozek kecil berbanding jubin saiz standard dari Turki.

Thursday, October 30, 2014

Lorong Suci


The Sacred Path.
Jalan utama yang membawa penziarah-penziarah yang ingin mendapatkan khidmat ahli ramal Delphi ke Kuil Apollo sedang bersama mereka dibawa persembahan-persembahan untuk dewa Apollo.

Anarki di Athina XX

Wednesday, October 29, 2014

Kuil Apollo

Monumen utama di sini tempat bersemayam peramal Delphi.

Para perayu dan pendoa mesti membawa tiga jenis pengeras. Wang sebagai sedekah untuk kuil, seekor kambing jantan hitam sebagai korban untuk dewa Apollo dan lingkaran daun dan ranting zaitun sebagai hadiah untuk peramal.

Peramal -seorang anak gadis atau mana-mana perempuan- di dalam kamarnya akan duduk di dalam kawah yang disokong sebuah tripod sedang di kelilingnya terbit wasap keras memabukkan yang membuatkan peramal masuk dalam keadaan menurun.

Soalan mesti terang, nyata dan jelas. Tapi jawapan dan ramalan tidak semestinya. Kadang-kadang dalam bentuk puitis, kadang-kadang dalam bentuk cangkriman.

Anarki di Athina XXII