Kalian mesti kenal Bab El-Louq kerana ia tak jauh dari Medan Tahrir dan ada Mo'men di sana. Kalian juga pasti biasa mendengar Bab El-Khalk kalau menaiki bas pendek nombor empat. Kalau ke Arma sudah tentu melalui Bab Shaaria. Tapi dimana pintu-pintunya?
Ketahuilah olehmu, pintu kota Kairo itu asalnya ada 24 semuanya lapan di setiap sisi. Adapun yang masih gagah berdiri hanyalah tiga.
The Gate of Conquest
Bab al-Futuh dibina sekitar tahun 1087 oleh wazir ketika itu Badr al-Gmali, seiring dengan pengubahsuaian benteng dan tembok seluruh Kaherah. Beliau mengupah tiga orang Armenia -tempat asal beliau sendiri- yang khabarnya ialah tiga orang rahib dan adik-beradik pula. Setiap orang ditugaskan membina salah satu dari tiga pintu yang datang sekarang masih kekal.
Bab al-Futuh diapit oleh dua menara yang berbentuk bulat dan kelihatan tersembul daripada tembok. Ini memberi kelebihan kepada pihak pertahanan untuk menyerang belakang tentera musuh yang berusaha menembusi pintu kota.
Pada gerbangnya dihiasi dengan corak berlian. Di tepi dua menaranya ada ukiran kepala kambing (aku tak perasan) yang menjadi lubang tempat menuang minyak panas ke atas kepala musuh. Kepala kambing menjadi pilihan kerana ia mewakili planet Marikh yang terbit tatkala kota Kaherah diasaskan.
Bab al-Futuh menandakan perbatasan kota sebelah utara dan merupakan penghujung jalannya yang utama. Pada zaman hari itu, kafilah-kafilah besar jemaah haji pulang dari Makkah dan masuk ke kota Kaherah melalui pintu ini.
0 comments:
Post a Comment