Wednesday, October 8, 2014

Pantat

Ada orang yang menggunakan profaniti dengan berlebihan atau tak bertempat dengan tujuan
atau harapan antara lain supaya mereka nampak gagah atau kool. Contohnya menghabiskan setiap ayat dengan wtf dan sebagainya.

Adapun selepas, pantat ialah antara perkataan yang sering disalahertikan apakala berlaku pertembungan antara orang pantai timur dengan orang luar dan sekali-sekala mungkin membawa kepada konflik.

Secara umum atau bagi orang luar pantat bermaksud punggung, dubur atau kemaluan perempuan. Tetapi di pantai timur pantat adalah kalimah biasa yang suci bermaksud bahagian benda yang di sebelah bawah sekali.

Contoh ayat, sukar baginya untuk mengeluarkan semut itu dari minuman lantaran ia telah tenggelam ke pantat cawan.

Adapun kami sewaktu muda dahulu, demi menjelaskan maksud pantat sering menggunakan dalil berikut yang pada kami waktu itu amat bertepatan sekali iaitu surah an-Nisa' ayat 145:
"Lo! the hypocrites (will be) in the lowest depths of the Fire, and thou wilt find no helper for them;"

Frasa ad-dark il-asfal cukup sesuai untuk menerangkan maksud pantat di pantai timur lantaran kalimah ad-dark itu bermakna rock bottom.

Anda sedang melihat ke pantat.
Categories:

0 comments:

Post a Comment