30 Tahun Revolusi Islami XII
Begitulah ibarat jalan kami petang itu. Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan. Tapi kami tak mahu balik ke pangkal jalan, siapa nak tidur di situ, kami nak balik ke rumah Shaho. Masing-masing tak sepakat. Mau pergi tapak ekspo apa entah, mau pergi muzium, mau pulang ke rumah. Akhirnya ikut saja ke tapak ekspo yang entah di mana dan entah ada apa.
Menuruni lurah di Valenjak sedang jalan becak-becak dengan lecak. | Berhenti di kiosk, Asle membaca Akhbar Tehran Times yang disedari hilang di tengah jalan setelah pulang. | Kota Tehran yang terkenal kononnya dengan sibuk dan lalulintas yang macet.| Malu bertanya sesat jalan. Bertanya arah kepada pasangan tempatan yang Inggerisnya kurang bagus. Tak tahu. | Malas berkayuh perahu hanyut. Baca peta bajet pandai. Muhammad sedang menjilat ais kepal. | Minta tunjuk jalan makcik yang baru keluar pusat konvensyen. Bertanya, "Shoma Inglisi Baladisi?" Dijawab, "So-so." | Akhirnya asar sudah suntuk, cari masjid saja. Dalam peta dekat tapi jalan jauh gila. Peta tak boleh percaya. Tahan teksi tak berhenti. Rupanya hanya di stesen teksi baru berhenti. | Menyusur Jalan Vali Asr. Di kiri, sistem perparitan pintar. Pokok ditanam dalam saliran supaya tak berhajat pada siraman lagi. Papan tanda bintang, restoran persis Hardee's. | Muhammad berpegang kuat pada Al-Ardhu Masajidullah. Wudhu' dengan salji dan solat di tepi jalan di atas rumput. Masjid besar sia-sia. Mulanya sangka berkunci. Bila kami mahu maghrib di situ dibuka lampu. Bila kami tak jadi siaknya menutup lampu dan pergi. Tak ada jemaah yang mari. | Beri makan kucing dengan sardin baki.

Mana-mana gambar yang ada aku di dalamnya, Ayeplah yang mengambilnya.
0 comments:
Post a Comment