Tuesday, June 16, 2015

Ortaköy Camii

Mengadap Sultan Setambul XXXIV

Masjid Ortakoy atau Masjid Kampung Tengah terletak dalam daerah Besiktas masih dalam sebelah Eropah. Masjid yang kini terletak di pinggir Jambatan Bosphorus kelihatan sungguh romantis sampai hampir selalu dimasukkan di dalam poster. Dibina mengikut gaya Neo-Baroque, tukangnya ialah tukang yang sama membina Istana Dolmabahche dan dibina atas arahan Sultan Abdulmecid. Di dalamnya dihiasi dengan tulisan-tulisan khat hasil tangan Sultan Abdulmecid sendiri yang memang seorang handalan dalam seni khat.

Categories:

0 comments:

Post a Comment