Saturday, November 28, 2015

Pak Lawak Keloloh

Masa aku tingkatan empat, aku ada cita-cita nak jadi comic artist. Comic artist ialah pelukis komik bukan pelakon lucu. Majalah Komik Gempak berjasa besar dalam hal ini. Sampai menggantikan tempat Dewan Siswa sebagai bacaan bulanan aku seraya menguburkan minat aku pada persuratan Melayu.

Waktu itu aku terpikir, lagi baik cerita aku, watak aku tergambar menurut kehendak aku bukan mengikut imaginasi liar pembaca. Waktu itu banyaklah aku kenal orang-orang dalam dunia komik.

Macam Stan Lee, Travis Charest, Joe Maduriera, Frank Miller, Alan Moore, bapa manga Osamu Tezuka, Junji Ito, Nobuhiro Watsuki, anak muridnya Eiichiro Oda, raja komik Hong Kong Tony Wong dan Ma Wing Shing.

Dalam komik Gempak ada diajar beberapa genre dalam membikin sebuah manga. Antara yang ditunjukkan ialah manga dalam genre berkumpulan. Yakni watak utama terdiri daripada sekumpulan watak dengan karektor tersendiri.

Adapun karektor dalam kumpulan ini biasanya sama dan wajib diikuti kalau mau melukis genre macam ini. Iaitu mesti ada seorang hero macho, ego dan bergaya, seorang watak perempuan yang lawa dan mungkin seksi, seorang watak yang bertubuh besar dan biasanya kuat, seorang watak yang kecil molek dan comel (kiut) dan seorang watak yang betul bendul tapi bijak.

Maka dalam alam realiti pun kalau ada kumpulan setiap orang tu adalah karektor sendiri. Ada yang nerd kerja mengaji saja, ada yang alim lagi warak, ada yang jenis baran tak pasal, ada yang ho ha hoha atau yat yat yay dan ada yang suka buat lawak.

Orang yang lawak memang best. Memeriahkan keadaan, suasana pun ceria. Seronok bila dia ada. Tapi mentang-mentang dia lawak kau orang jangan ingatkan dia tu court jester kau orang atau kau orang punya clown.

Bila dia tanya serius, kau orang jawab loyar buruk. Bila dia tanya elok-elok kau orang jawab main-main. Ingat dia tu 24/7 jadi bahan lawak atau entertainer kau orang? Kau orang mesti ingat, di sebalik solekan badut dia ada muka manusia.

Orang lawak paling kesian. Siapa tau isi dalam hati dia. Bila dia duduk seorang-seorang, apa rasa dia, masalah hidup dia. Susah senang dia, cerita-cerita duka dia. Yang kau orang tau, gelak dia, sengih dia, muka toya dia. Kalau nak faham, pergilah tengok filem Hindustan. Mere Nam Joker.

Dalam kumpulan ni, ada yang lawak, ada yang baran, ada yang paranoid, ada yang banyak cakap, tapi 90% dari yang ada ni warak lagi alim dan nerd yang cuma tahu mengaji saja.

Categories:

0 comments:

Post a Comment