Wednesday, August 27, 2014

Anafiotika

Walking tour bermatlamat. Mencari Anafiotika.
Banyak saja pandangan menarik dalam pencarian kami. Tapi kali yang lain saja kita cerita.

Kejiranan Anafiotika letaknya rapat di utara Akropolis. Masyhur kerana punya pandangan yang langsung berbeda dengan Athena seluruhnya.

Pada zaman kuno, peramal Delphi mengharamkan sebarang penempatan di kawasan ini demi menjaga kesucian Akropolis sebagai rumah ibadat suci.

Lamun, sedari zaman purba lagi gua-gua di kawasan ini menjadi perlindungan bagi pelarian Perang Peloponnesia dan hamba-hamba abdi Habsyi pada zaman Turki.

Pada zaman selepas revolusi, kawasan ini mula didiami pendatang dari pulau Anafi langsung memberi nama kepada kejiranan ini, Anafiotika.

Anafiotika bermula dengan kisah dua orang buruh yang tidak berumah menyeludup bahan binaan ke sini dan membina dua bilik sebgai tempat tinggal keluarga mereka dalam masa sedikit hari saja. Ketika polis datang ke situ, mereka tidak sampai hati mengusir mereka. Kemudian jalan yang sama diambil pendatang-pendatang lain dari Pulau Anafi yang kebanyakannya ialah buruh binaan dan pemotong marmar yang bekerja di seantero Athena.

Dengan itu memberi Anafiotika wajah yang ada sekarang. Berbeda dengan Athena seluruhnya. Rumah-rumah daripada batu-batu putih yang dibina di lereng bukit, denai-denai sempit dan tangga-tangga curam yang turut diputihkan serta halaman yang dihiasi dengan bunga-bungaan. Tipikal dengan gaya rumah di kepulauan, tempat asal mereka.

Anarki di Athina IV

Categories:

0 comments:

Post a Comment