Friday, March 27, 2015

Rowz Jehan-e-Karger

30 Tahun Revolusi Islami VI

Maksud dia May Day atau Hari Buruh. Kak Firuz kalau baca, tolong betulkan.

Setelah tamat pusing-pusing dalam muzium negara dan usai solat asar di namaaz khaneh kat muzium tu kami ditawarkan nak ke pergi muzium karpet dan kaca. Sebab letih dan tak minat, kami lebh berminat untuk balik sahaja yang nak balik ke mana pun kami belum tau. Phuong yang mengaku sebagai kakak kami sebenarnya caring setanding mak kami, mungkin. Sebelum dia lepaskan kami ke rumah Shaho -pekerja Mojiri Agha- dia heret kami ke dalam lorong-lorong kawasan sekeliling stesen metro Shahid Navab e Safavi. Tunjukkan mana kedai buah, mana kedai makan, mana kedai sayur, mana kedai kalau-kalau nak beli syampu atau sabun, mana stesen metro, mana stesen BRT dan akhirnya mana kedai roti sebab nak buat bekal esok. Nak turun awal pagi.

Mula-mula aku cuma pakai taktik pukul gambar dari celah pagar. Tapi sebab Phuong ada dia kata kalau nak masuk dia ejaskan dan tauke kedai tu kasi saja.


Inilah saiz sebenar roti tersebut. Ayep lebih dakik? (teliti) sebenarnya. Suka pukul gambar untuk buat perbandingan saiz. Aku pulak tenggelam dalam asyik dan fana fotografi sendiri sampai mlupakan hal-hal usuliyyah macam ni.

Baker pun buruh jugak dan roti ni pun taklah sedap sangat.
(tiba-tiba Israk pun keluarkan hadis yang mafhumnya Nabi kalau tak suka makanan tu dia tak cakap tapi dia diam saja dan tak makan)


Categories:

0 comments:

Post a Comment