Wednesday, August 26, 2015

Gunung Ararat


Mengadap Sultan Setambul XL
V


Aku ada cerita tak kebanyakan penumpang bas ke Tehran memang banyak orang Iran saja? Aku ada cerita tak betapa orang Iran atas bas macam kurang ramah dan tak layan pun kita orang tapi bila dekat dengan Iran baharulah dia orang mula mesra?

Aku tengah tidur kalau tak silap bila tiba-tiba ada penumpang Iran kejutkan aku suruh tengok keluar tingkap bas. Nun di ufuk sana tersergam binaan ciptaan Tuhan, pasak penahan benua daripada hanyut, Gunung Ararat.

Semua atas bas pun paling ke luar kagum.

Sebuah gunung berapi pendam yang dipercayai kaum Kristen sebagai tempat bahtera Nabi Nuh berlabuh selepas banjir besar dan dianggap suci oleh Gereja Apostolik Armenia. Walaupun berada dalam sempadan Turki, ia menjadi simbol kebangsaan dan identiti Armenia serta terukir di atas jata negara mereka (sebab Armenia menuntut kawasan dari Gunung Ararat sampai sekitar Tasik Van).

Encik Kambiz, juruterbang Aeroflot yang kami baru kenal menunjukkan kepada kami salah satu puncaknya yang dipanggil Gunung Ararat Kecil dan yang bakinya Gunung Ararat Besar. Dengan zahirnya Gunung Ararat, nyatalah kami benar-benar hampir dengan sempadan yang menjanjikan sebuah episod yang mendebarkan ...

Categories:

0 comments:

Post a Comment