Thursday, August 6, 2015

Imel Abah II

Burung-burung keluar sarang

Salam, Akmal, apa khabar kamu di sana? Kami seperti biasa. Abah dah mula melalui kesulitan kerap kaki membengkak dek kerana uric acid yang terkadang tak terkawal. Blood haemoglobin count pun semakin rendah, kena pula ambil iron supplement, vitamin B Complex dan Folic Acid... macam orang mengandung saja! Dikesan blood glucose tinggi seketika dan di beri Metformin... always hypo... nak pitam... jadi berhenti, hanya ambil Avandia. Tiga bulan dulu buat Diabetic confirmation test.... katanya perfect, tak ada diabetis ?

Ini maknanya umur sudah menyecah lembayung senja!!!! Mama, tak boleh dah nak bekerja kuat... akan jadi penat dan lelah. Balik ke Penang pun jika Owad ada jadi driver! Kalau tidak, memang tak baliklah kami. Kekadang teringat lagu J. Sham nyanyi... Ku ingin pulang, Ke tanah tumpah darah ku~ Ingin ku temui, Sanak saudara di sana~ Ku ingin cari, Pusara ayah dan Bonda~ Akan ku sirami, Air mawar di sana~ Tapi kini, aku tak kembali... Kerna aku... Tak berdaya..

"Sekarang tiba masanya anak-anak burung terbang keluar sarang... satu ke selatan, yang satu lagi ke utara. Satu dah lama merantau ke tapak tamaddun purba, yang satu lagi bakal mengikut jejaknya ke sana... Minggu hadapan, yang bongsu akan ke bahagian tengah...UKM namanya!
Tinggallah ibu dan bapak burung terkial-kial berdua. Bila bapak burung keluar sarang untuk menambah laba demi perbelanjaan pelajaran anak-anak burung, kesianlah ibu burung yang tua... hanya mengadap kalam Illahi sahajalah agaknya!"

Kamu belajarlah bersungguh-sungguh... atas apa sahaja taqdir yang dijanjikan sama-samalah kita terimanya dengan iman di dada.

Salam hormat mesra dari bapak burung tua yang masih teraba-raba mengenali Penciptanya!

Categories:

0 comments:

Post a Comment