Mengadap Sutan Setambul VII
Jo'ong
Macam Ayep yang tak kagum dengan Masjid Biru, aku kagum dengan Aya Sofia. Serius. Aku rasa nampak lebih gah dan bila tengok rasa zauk. Setiap kali melintas medan Sultanahmet pun aku banyak berpaling ke arah Aya Sofia berbanding Masjid Biru.
Aya Sofia -terjemahan Indo berbunyi Kebijaksanaan Suci- tegak sejak sebelum lahirnya Nabi, datang sekarang pun ada lagi. Pun yang kita jumpa hari ini gereja ketiga yang dibina di tempat sama sebab dua yang sebelum ini dibakar masa rusuhan atau pemberontakan. Tinggalan gerbang gereja kedua menunjukkan 'Biri-biri tuhan' melambangkan 12 Hawariyyun.
Tapi yang ketiga inilah yang paling hebat. Tak ada lagi yang mampu mengatasinya dan banyak pula mempengaruhi binaan-binaan sesudahnya.
Pendek kata Konstantinopel ini Mekah bagi Kristen Ortodoks Timur dan Aya Sofia ini Masjid Haramnya. Bayangkan macam mana hati-hati Kristen ini bila Mekah dan Masjid Haram mereka jatuh ke tangan Islam. Aku selalu terfikir, apakah dalam hati kerajaan Greece sekarang masih menyimpan hasrat menuntut kembali Konstantinopel?
Seribu tahun lebih menjadi gereja terbesar di dunia sampailah Cathedral di Seville dibina.
Empat ketul menara di penjuru Aya Sofia ditambah selepas menjadi masjid yang menunjukkan menara ialah binaan yang menunjukkan kemasjidan sesebuah masjid, bukan kubah (mungkin dibincangkan nanti).
Aya Sofia pun banyak kali rosak teruk -kubah besarnya pernah runtuh langsung- oleh gempa dan oleh Perang Salib Ke-4 bilamana 'saudara-saudara' mereka sendiri dari Barat yang bermazhab Katolik melanggar mereka di Timur bermazhab Ortodoks yang dianggap kafir.
Ketika Sultan Mehmet II baru masuk, keadaanya cukup buruk. Malangnya buruk itu seperti kekal sampai sekarang kerana warna merahnya seakan tak dipulihara.
Memang kagum dengan Aya Sofia yang berdiri sebelum bangkit Nabi tapi Piramid Giza pun belum runtuh lagi...